Wednesday, January 18, 2012

EnGaGeMeNt & WeDDiNg

Jika tahun 2011 adalah wedding aku tapi untuk tahun 2012…
Adalah wedding untuk sahabat baik aku…
Bila cakap pasal wedding yup sesuatu yang menarik…
Bukan mudah untuk menjayakan sesuatu majlis…
Lebih2 lagi majlis perkahwinan…
Untuk majlis pernikahan mungkin agak mudah…
Sesuatu majlis akan jadi sukar bila kita terlalu mementingkan kesempurnaan…
Dalam setiap majlis pasti akan ada kekurangan…
Antara kita Nampak atau tidak..
Tahun ni jugak sahabat aku akan bertunang…
Petang semalam sibuk buat list untuk barang pertunangan….
Sape lagi kalau tak min hehehe…
Member aku kat kampung si ilah pulak dah tunang tahun lepas…
Kahwin insyaallah tahun ni…tunggguuuuuuuuu…….

 



ini lah muka2 orang yang dah jadi tunangan orang dan bakal bertunang hehehe...
relax okey...cool.... 





Itu baru bertunang dah banyak fikir…
Mana nak fikir barang,duit,hiasan, tarikh…
Huh memang memeningkan kepala…
Aku sebagai teman yup akan jadi pendengar dan memberi pendapat….
Kos perbelanjaan untuk majlis perkahwinan di Kuala Lumpur memang agak besar..
Tak macam aku majlis di kampung memang jimat tapi memuaskan…
Bila sebut je majlis perkahwinan tentu ada makan minum…
souvenir untuk tetamu lagi… banyak tu belanje hehehe…
Nasib ko la min wedding di KL memang kos besar… hahaha…
Tunang je dh rm3-4k giler banyak duit kua…ilah and min same je…
Cakap je simple..tapi 3-4k jugak belanja semua sekali…
Pas tu kopak…hahaha…
Aku dan teman-teman yang lain tumpang gembira atas berita ini…
Engagement 2011 to ilah…and Wedding for this year 2012…
And min lak Engagement 2012..wedding 2013…

List for the wedding
§ Kad kahwin
§ Senarai jemputan
§ Gubahan hantaran
§ Jurugambar perkahwinan
§ Andaman
§ Baju Pengantin
§ Pelamin
§ Kanopi / Dewan
§ Catering
§ Pengapit



Ini bagi majlis perkahwinan…
Bila dah ada list kena semak dan confirm pulak…
Buatnya apa yang kita nak x dapat time tarikh wedding habis lah…
Wedding akan jadi sempurna bila tetamu yang hadir serta….,
mendapat pujian untuk pengantin, hidangan makanan, pelamin dan kanopi..
Yang paling penting tuan rumah serta kehadiran tetamu pada hari tersebut…..
Itu akan Nampak wedding meriah dan sempurna….
Bukan sebab majlis tu grand okey…

Bukan min dengan ilah je tengah busy preparation for wedding this year or next year…

Ada lagi member aku ni hah…yana…

 
Minah ni x pe lah si ikram siap ada wedding planner….
Kos belanja lagi lah besar…tambah lak buat kat PICC,Putrajaya…
Semua ikram handle..yana just prepare utk kad kahwin je…
Tu pun aku ada wat untuk dia...cantik jugak la hehehe…
 
Ni designnyer…aku cari dalam internet…
Kat kedai memang x de.....
so mungkin kena tempah block….
Masalahnye adalah tarikh.....
23 Mac 2013 ni....
Pilihan yana dgn min...
Giler tul la....
nasib baik sorang KL sorang Putrajaya...
So aku boleh la hadir nanti....
insyaallah.....
  









Aku dah cite pasal ilah,min,yana and x lupa juga untuk debab aku…
Sape lagi kalau x fara…

Minah ni punyer wedding x tahun ni may be tahun depan..


Apa pun aku harapkan dalam masa yang terdekat…

Kawan-kawan yang lain menunggu khabar darimu…

Aku sendiri pun x tau bila…











Amalan berbalas barang hantaran adalah adat Melayu yang menandakan kasih sayang di antara kedua-dua pihak keluarga. Lazimnya, barang hantaran diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan lebih sikit daripada pihak lelaki misalnya 5 dulang untuk pihak lelaki dan 7 dulang pula bagi pihak perempuan.

Bajet untuk memberi barang-barang ini pula lebih bagi pihak lelaki kerana adanya peruntukan untuk sebentuk cincin pertunangan, hadiah tanda mas kahwin atau barang kemas.

Berikut disenaraikan antara barang-barang yang boleh dijadikan hantaran pertunangan / pernikahan bagi pihak perempuan:
1.      Sirih junjung / Sirih dara

2.      Baju Melayu & samping / baju kemeja & seluar

3.      Tali Pinggang dan Wallet

4.      Jam Tangan / Handphone /PDA / iPod / Notebook

5.      Kasut & Stokin

6.      Sejadah, Songkok & Kain Pelekat

7.      Al-Qur'an / Tafsir

8.      Tuala

9.      Perfume

10.  Kuih-muih / pulut kuning / pudding / kek / muffin/ coklat atau manisan dan sebagainya

11.  Bunga Rampai / Potpourri

12.  Buah-buahan


Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:
1.      Cincin bertunang/hadiah tanda mas kahwin

2.      Tepak sirih

3.      Barang Kemas

4.      Jam Tangan / Handphone / Kamera / iPod / PDA /Notebook

5.      Sepersalinan pakaian / kain

6.      Kasut

7.      Handbag

8.      Perfume

9.      Sejadah & Telekung

10.  Al-Qur'an / Tafsir

11.  Kuih-muih / pulut kuning / pudding / kek / muffin / coklat atau manisan dan sebagainya

12.  Bunga Rampai / Potpourri

13.  Buah-buahan

No comments:

Beautiful memory in my life...forever and ever....

Hari Pernikahanku Sabtu, 22 Oktober 2011 Slideshow: NaNa’s trip from Segambut, Kuala Lumpur (near Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia) to 3 cities Selangor, Shah Alam and Dungun was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.