Friday, January 06, 2012

DeMaM ???

Hari ni baru aku dapat masuk ofis.
Rabu aku mc..Khamis lak aku EL..
x dapat nk elakkan..suami aku demam...
masuk ni dh 5 hari..demam ape la sampai 5 hari..
check darah kat hospital Sungai Buloh ok je darah... 
Pagi ni suami aku pegi check darah kat klinik kesihatan lak...
adui kesiannye...
maaf abang x dapat teman...

Aku datang keje hari ni pun tumpang kak zura..
Suami pakai kete...
x kan nak naik motor demam2 ni...
hope result darah hr ni ok..
Kalau darah turun memang demam denggi...
Serius aku rasa stress dengan keadaan suami aku skrg ni...
Sebab aku risau..aku pun x pernah demam sampai 5 hari...
Sabar je lah dengan situasi yang sedang melanda...

Aku memang x tau sangat pasal demam denggi...
so aku cari apa yang patut info denggi...

Demam Denggi
Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:
  • Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam. 

  • Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi

  • Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.

  • Kadar kematian amat rendah.
  • Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik. 

  • Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah. 

  • Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan. 

  • Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh. 

  • Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain) 

    Apa yang aku bold tu simpton yang suami aku hadapi skrg...
    tapi x sure demam denggi ke x...
    Sblm ni dia pernah kena so x mustahil kena lg...
    Tapi aku harapkan tidak lau x...
    kena tahan wad...aku sorang2 la nanti...
    aaaaaaaaaarrrrrrrrrrgggggggghhhhhhhhhh x suka !!!!!!!!
    Hope everything is okey...amin...


No comments:

Beautiful memory in my life...forever and ever....

Hari Pernikahanku Sabtu, 22 Oktober 2011 Slideshow: NaNa’s trip from Segambut, Kuala Lumpur (near Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia) to 3 cities Selangor, Shah Alam and Dungun was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.