Friday, January 27, 2012

NoVeL… KaRaNgKrAf ???

Sape suka baca novel ??????
Aku rasa ramai je gile kan novel…
X kira usia muda atau tua…
Aku pun minat baca novel.. tapi x de la terlalu obses pada novel je…
Yang pasti aku ada koleksi novel tersendiri…
Dari tahun 2005 hingga kini aku simpan novel-novel aku…
Banyak jugak aku perhabiskan duit kat novel…
Tak de lah banyak pun 40 buah novel je hehehe….
Ini lah novel-novel yang telah aku baca…


Awal pagi td on the way nak datang keje aku dengar berita hot fm…
Ada karnival buku karangkraf la…novel tentu ada…
X leh jadi ni aku nak jugak pegi…
Apa taknyer jualan buku dan novel dengan harga diskaun sehingga 70% !!!!!
Nak beli lagi novel !!!!!!!!!
ni baru sikit....


Karnival karangkraf akan Berlangsung dari 27 – 29 hujung minggu ni…

Banyak jugak aktiviti sepanjang 3 hari tu…

Aktiviti-aktiviti lain :

• Zon Jualan Wanita Fame & Feminin.

• Sesi beramah mesra bersama editor-editor Grup Majalah Karangkraf.

• Penampilan Upin & Ipin bersama Grup Majalah Karangkraf.

• Demonstrasi masakan bersama majalah RASA.

• Bijak matematik bersama Fokus SPM dan Pakar Matematik Dunia LIM TECK HOE.

• Booth Photo (abadikan gambar anda di cover majalah).

• Bengkel Fesyen Gaya Tudung bersama Majalah Nur dan Dara.com.

• Penampilan Imam Muda dan Ustazah Pilihan bersama Majalah I.



Nak tau lebih lanjut buka laman web ni seperti di bawah…


Thursday, January 26, 2012

BirThDaY PaPa & LeNy

Isnin, 23 Januari 2012
aku, hubby and family sambut birthday papa dan leny…


Jimat duit dan masa birthday sama tarikh…tahun je lain ok hehehe…
Aku ingatkan x de la nak buat makan2 dengan family…
Disebabkan saiful nak beli kek dan adakan majlis makan malam untuk birthday…
So aku dan achik buat sedikit persiapan khas untuk papa dan leny…
Achik aku tugaskan buat bihun goreng la… aku mana pakar masak memasak ni…
Angah dgn adik ipar aku niza beli buah-buahan…siap ada hadiah baju hehehe….
Makanan ringan pun aku yang belikan….


X de la besar2 cukup la tanda ingatan kami buat orang tersayang….
Hadiah pun x tau nak beli ape..beli mug yang ada bentuk love dengan bear..
So sweet… walaupun tu hadiah x seberapa dari aku dan saiful…
Tapi itulah tanda ingatan dan terima kasih atas segalanya….


ini la kenangan untuk birthday papa dan leny for 2012...
leny bukan main lagi happy coz sambut birthday ni kan....
mesti dia ingat x de ape2...
kebetulan aku dan saiful balik kampung....
memang la nak sambut x kan sepi je....
23 dan 24 adalah perayaan tahun baru cina...
tapi aku pulak sambutan hari jadi untuk papa dan leny....



Jumaat di HKL





Jumaat lepas aku dengan fara pegi HKL….
Tak sangka min kena tahan wad…
Khamis mlm jumaat min kena tahan 
coz sakit perut yang melampau…
Bila check ada apendik dan ketumbuhan sebelah ovari…
sangat mengejutkan....
Mungkin sebab pemakanan sekarang macam2 perisa….


kesian min...dh makin kecik kawan aku sorang ni...
aku ni pulak makin sihat..risau aku...


Apendik min lak hampir nak pecah tu pasal kena operate…
Buang sekali ketumbuhan yang ada tu…
 aku siap bawak kamera ok ambik pic ktorg bertiga...

Apa itu apendiks?

Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).

ini aku main snap je...
janji ada muka kami bertiga dh memadai...


Macam2 cite aku nk create dalam blog ni aku hari ni…
Tapi otak aku agak slow skit hari ni coz ngantuk…
Bagus la sekarang min dah berehat kat umah…
Duk hospital mana selesa… dh la panas…
Aku dengan fara pegi pun boleh sesat jap…
Min punye pasal kan 12pm dh sampai…kesian x leh masuk…
Hahaha ingat2 lucu je…leh lak tawaf 2 3 kali jln depan pintu b…
Nak masuk wad blm masa melawat lagi…
Punyer la malas.., kete ada sanggup naik teksi…
Dh la naik teksi driver leh lak x tau HKL tu ape…
Hampeh je… aku jugak yang tunjuk jalan…
bila sebut hospital besar baru tau…ape la….
Aku dengan fara dah bengang...min punye pasalkan…
Kawan sakit mesti la lawat…tp x sangka sampai ada ketumbuhan….
Aku harap min makin sihat hendaknya….
Minggu lepas nk story x sempat..sibuk dengan kerja last minute...
dan nak balik kampung!!!!!!!






Thursday, January 19, 2012

ArTiS MaSuK OfIs

apa cite kecoh-kecoh????
meriah kejap erk ofis aku petang ni...
Mr Os artis malaysia masuk ofis jap...


sempat lak member2 aku yang lain ambik gambar...
aku tengok je lah erk...
ini pic aku search dlm internet jerk...
ingatkan sape yang datang rupenyer artis....
bukan main lagi bergambar hehehe.....
aku malu nak bergambar tetiba kan...
tengah layan dunia sendiri datang lak artis....
bangga gak aku "Mr Os ckp nana malu nk bergambar" hahahha....
memang Mr Os ni pandai melawak...
patut la ramai peminat.... 
rose tengah kecoh si faris silap send gambar ok...
relax rose ada punye gambar ko dgn Mr Os tu :)

PeRtAnDiNgAn MeMaNcInG

Aku nak jugak cite walaupun ni tahun lepas punye….
Pertandingan memancing Grand Slam GP Selangor 2011 di Taman Tasik Shah Alam..
Acara ni pada hari Ahad, 18 Disember 2011…
aku rasa kat Malaysia ni ramai je yang suka memancing…
pancing ikan okey bukan pancing orang hehehe…
disebabkan hubby aku minat memancing so aku layan…..
bagi orang yang suka memancing yang paling penting kena sabar…
mungkin sebab minat hubby aku ni...
memang tak dapat aku nafikan dia seorang suami yang penyabar…
syukur Alhamdulillah…sabar itu separuh daripada iman…

Pertandingan memancing seingat aku untuk tahun 2011..
Last hubby aku joint bulan 12 tahun lepas…. Tu untuk kali ke 4 x silap aku….
Tak pernah la menang… bukan rezeki kan….
Tapi yang seronok time tu coz leh tengok macam2 gelagak manusia….
Tak de lah aku bosan kan…
Dari awal pagi sampai tengahari tu menemani hubby…
Kena jadi wife yang baik sentiasa ada disisi suami walau ke mana suami pergi..
Sayang suami kena ikut hehehe….
Ada la pic yang aku ambk pada hari tersebut…kenangan…..

  

Yang aku nak cite pasal pertandingan ni coz yuran mahal…
Pendaftaran RM90… peserta seribu awal daftar dapat sehelai baju joran….
Ok lah dari x de langsungkan…
Pertandingan itu anjuran kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dikendalikan Wakjali Event Management selaku pengurus acara.
Bagi aku yuran mahal la coz x menang x dapat apa pun…
Memang la ada cabutan bertuah tapi memang x pernah dapat…
Tu orang cakap rezeki la kan…tapi jika peserta lebih dari 2 ribu atau 3 ribu..
Memang la wak jali untung..peserta x dapat apa…mana menang ok lah…
Tapi terpulang pada individu la nk ckp pendaftaran mahal ke x…
Hadiah memang lumayan ok…






















 
Juara pertandingan akan membawa pulang wang tunai…
RM40,000.00, kedua RM15,000.00 dan ketiga RM7,000.
Pemenang keempat menerima RM1,500.00, dan kelima RM700.00.
Pemenang keenam hingga kesembilan menerima RM250.00, kesepuluh (RM200.00) dan kesebelas hingga ke-20 (RM150.00).
Juara Grand Slam pula membawa pulang kereta Proton Saga 1.3GLM, naib juara RM10,000.00 dan ketiga RM5,000.00
hadiah lumayankan tu pasal la daftar mahal hehehe....

Bukan tu je.. Penganjur turut menawarkan lima cabutan bonanza TV LCD 32 inci dan 30 hadiah cabutan bertuah dalam pusingan akhir pada tahun lepas. walaupun lumayan tapi aku dengar banyak cite pasal wak jali management ni..banyak makan duit orang..betul ke x itu memang aku tak tau la kan...tu la aku mcm x galakkan sangat hubby aku masuk....tapi x pe lah....ini pic yang aku ambk....memang ramai sangat org time tu..


















Tapi bagi orang kaki joran dengar cite itu ini pun memang x kan layan coz tu minat diaorang...memang x leh nak halangkan..
so layan kan je lah....

SoTonG MaSaK sAmBaL


 
Jom cerita pasal masak memasak pulak…
Dua hari lepas aku ada masak sotong…
Nak buat la sambal sotong…
Nampak macam senang nak buat…
Tapi aku rasa macam dah salah buat je…
Rasa ok tapi macam rasa tomyam skit la hahaha…
Macam mana aku buat jom tengok bahan2 dan cara aku buat…

Bahan-bahannye adalah:
§  Sotong 14 ekor bersaiz kecil (2 orang makan)
(dibersihkan dan dipotong-potong kecil)
§  Garam secukup rasa
§  2 sudu gula
§  1 Asam keping
§  Serai 2 batang
§  Ciliboh
§  4 ulas bawang putih
§  10 ulas bawang merah






Cara aku masak seperti berikut:
§  First aku panaskan air sedikit sampai dh mendidih
§  Then aku masukkan bawang yang telah dikasar
§  Bila dah naik bau aku masukkan cili boh+garam+gula secukup rasa
§  Dah mendidih naik bau aku masukkan serai + asam keping dan juga sotong
§  Gaul sotong tersebut sehingga sebati dengan ciliboh
§  Biarkan kering tutupkan api
§  Angkat dan hidangkan

Aku rasa salah buat.. 
rasa ok lah.... patutnye hidangan sambal sotong aku....
jadi macam pic kat atas tu..
Tapi yang aku buat macam ni rupenyer hehehe…. 


Tak berapa menjadi lor….
mak aku buat pun sama macam pic atas tu…
 jawabnyer pas ni kena belajar lagi masak sambal sotong… 
mana sambal letak seraikan hahaha…
tu aku memandai2 je nasib baik rasa ok makan habis jugak…
suami cakap ok je…
tapi bukan mcm ni yang aku nak…
tu la memandai2 sangat kan...
tgu next month lak aku buat lagi hehehe.....


Wednesday, January 18, 2012

EnGaGeMeNt & WeDDiNg

Jika tahun 2011 adalah wedding aku tapi untuk tahun 2012…
Adalah wedding untuk sahabat baik aku…
Bila cakap pasal wedding yup sesuatu yang menarik…
Bukan mudah untuk menjayakan sesuatu majlis…
Lebih2 lagi majlis perkahwinan…
Untuk majlis pernikahan mungkin agak mudah…
Sesuatu majlis akan jadi sukar bila kita terlalu mementingkan kesempurnaan…
Dalam setiap majlis pasti akan ada kekurangan…
Antara kita Nampak atau tidak..
Tahun ni jugak sahabat aku akan bertunang…
Petang semalam sibuk buat list untuk barang pertunangan….
Sape lagi kalau tak min hehehe…
Member aku kat kampung si ilah pulak dah tunang tahun lepas…
Kahwin insyaallah tahun ni…tunggguuuuuuuuu…….

 



ini lah muka2 orang yang dah jadi tunangan orang dan bakal bertunang hehehe...
relax okey...cool.... 





Itu baru bertunang dah banyak fikir…
Mana nak fikir barang,duit,hiasan, tarikh…
Huh memang memeningkan kepala…
Aku sebagai teman yup akan jadi pendengar dan memberi pendapat….
Kos perbelanjaan untuk majlis perkahwinan di Kuala Lumpur memang agak besar..
Tak macam aku majlis di kampung memang jimat tapi memuaskan…
Bila sebut je majlis perkahwinan tentu ada makan minum…
souvenir untuk tetamu lagi… banyak tu belanje hehehe…
Nasib ko la min wedding di KL memang kos besar… hahaha…
Tunang je dh rm3-4k giler banyak duit kua…ilah and min same je…
Cakap je simple..tapi 3-4k jugak belanja semua sekali…
Pas tu kopak…hahaha…
Aku dan teman-teman yang lain tumpang gembira atas berita ini…
Engagement 2011 to ilah…and Wedding for this year 2012…
And min lak Engagement 2012..wedding 2013…

List for the wedding
§ Kad kahwin
§ Senarai jemputan
§ Gubahan hantaran
§ Jurugambar perkahwinan
§ Andaman
§ Baju Pengantin
§ Pelamin
§ Kanopi / Dewan
§ Catering
§ Pengapit



Ini bagi majlis perkahwinan…
Bila dah ada list kena semak dan confirm pulak…
Buatnya apa yang kita nak x dapat time tarikh wedding habis lah…
Wedding akan jadi sempurna bila tetamu yang hadir serta….,
mendapat pujian untuk pengantin, hidangan makanan, pelamin dan kanopi..
Yang paling penting tuan rumah serta kehadiran tetamu pada hari tersebut…..
Itu akan Nampak wedding meriah dan sempurna….
Bukan sebab majlis tu grand okey…

Bukan min dengan ilah je tengah busy preparation for wedding this year or next year…

Ada lagi member aku ni hah…yana…

 
Minah ni x pe lah si ikram siap ada wedding planner….
Kos belanja lagi lah besar…tambah lak buat kat PICC,Putrajaya…
Semua ikram handle..yana just prepare utk kad kahwin je…
Tu pun aku ada wat untuk dia...cantik jugak la hehehe…
 
Ni designnyer…aku cari dalam internet…
Kat kedai memang x de.....
so mungkin kena tempah block….
Masalahnye adalah tarikh.....
23 Mac 2013 ni....
Pilihan yana dgn min...
Giler tul la....
nasib baik sorang KL sorang Putrajaya...
So aku boleh la hadir nanti....
insyaallah.....
  









Aku dah cite pasal ilah,min,yana and x lupa juga untuk debab aku…
Sape lagi kalau x fara…

Minah ni punyer wedding x tahun ni may be tahun depan..


Apa pun aku harapkan dalam masa yang terdekat…

Kawan-kawan yang lain menunggu khabar darimu…

Aku sendiri pun x tau bila…











Amalan berbalas barang hantaran adalah adat Melayu yang menandakan kasih sayang di antara kedua-dua pihak keluarga. Lazimnya, barang hantaran diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan lebih sikit daripada pihak lelaki misalnya 5 dulang untuk pihak lelaki dan 7 dulang pula bagi pihak perempuan.

Bajet untuk memberi barang-barang ini pula lebih bagi pihak lelaki kerana adanya peruntukan untuk sebentuk cincin pertunangan, hadiah tanda mas kahwin atau barang kemas.

Berikut disenaraikan antara barang-barang yang boleh dijadikan hantaran pertunangan / pernikahan bagi pihak perempuan:
1.      Sirih junjung / Sirih dara

2.      Baju Melayu & samping / baju kemeja & seluar

3.      Tali Pinggang dan Wallet

4.      Jam Tangan / Handphone /PDA / iPod / Notebook

5.      Kasut & Stokin

6.      Sejadah, Songkok & Kain Pelekat

7.      Al-Qur'an / Tafsir

8.      Tuala

9.      Perfume

10.  Kuih-muih / pulut kuning / pudding / kek / muffin/ coklat atau manisan dan sebagainya

11.  Bunga Rampai / Potpourri

12.  Buah-buahan


Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:
1.      Cincin bertunang/hadiah tanda mas kahwin

2.      Tepak sirih

3.      Barang Kemas

4.      Jam Tangan / Handphone / Kamera / iPod / PDA /Notebook

5.      Sepersalinan pakaian / kain

6.      Kasut

7.      Handbag

8.      Perfume

9.      Sejadah & Telekung

10.  Al-Qur'an / Tafsir

11.  Kuih-muih / pulut kuning / pudding / kek / muffin / coklat atau manisan dan sebagainya

12.  Bunga Rampai / Potpourri

13.  Buah-buahan

Tuesday, January 17, 2012

Barbie: Princess Charm School

Tengahari tadi layan movie barbie…
Best cite ni….hidup dalam khayalan jap td hehehe…


Tengok di youtube…
Sebelum ni tengok kat tv3..
Ingat lagi cite ni siar di tv3 pada 1 Januari 2012..
Start 9.00am – 11.00am… tapi aku x tengok full…
Coz pagi tu aku pegi pasar tani kat Felda Kemasul..
Maklum la time tu kat rumah mertua…
So x dapat layan full movie…
But lunch hour watch the full-time movie  
Barbie: Princess Charm School.
Nanti aku nak beli vcd cite barbie...
Nak buat koleksi movie yang aku minat…



Dengan aku baru ada vcd Barbie A Perfect Christmas
Cite ni pun best…
Kisah dah tentulah tentang sambutan hari krimas…

Yang menarik cite ni lagu la…
Nice song’s…memang x boring….
Bila tengok barbie memang kita akan rasa...,
nak diri cantik dan sempurna…
Uish giler la layan barbie….hahaha….
  

BaBy

Seawal jam 7am aku dah sampai ofis..
Gerak dari rumah jam 6.20am...
x leh lambat nanti jem...
Gara-gara nak tengok anak si kiah punye pasal…
Tapi memang aku turun awal pun...
Sempat la aku pegang cuit2 pipi baby kiah…
Ala tomeinyer… tunggu baby aku ntah bila hehehe….
Geram tengok baby…aish…

 
Nama baby Puan Nurkiah Nur Amani Iman…
Tak aci ambik nama anak aku…
eh silap bakal anak okey…
Aku nak nama Nur Iman…nice name hehehe…
Tapi disebabkan kiah beranak dulu mana leh sekat2 kan nama pilihan anak…
dah anak dia bukan anak aku pun hahaha…
Lahir lak pada 11/11/11..
Anak kelahiran negeri Perak...
Cantik punyer tarikh…
Senang nak ingat…
Tarikh lahir anak aku x dapat dipastikan…
belum rezeki lagi…

Beautiful memory in my life...forever and ever....

Hari Pernikahanku Sabtu, 22 Oktober 2011 Slideshow: NaNa’s trip from Segambut, Kuala Lumpur (near Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia) to 3 cities Selangor, Shah Alam and Dungun was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.