Uuuuuwwwwwwwaaaaaaahhhhh kereta aku calar lagi !!!!!!!! petang smalam baru aku perasan tu pun coz saiful perasan....dahla sebelah kiri kemek calar lagi cat pun tanggal nak kena repair semula...tambah pulak bucu sebelah kanan bahagian belakang calar lagi...budak rumah aku si rose yang buat...habis kete aku....jenuh aku fikir bila la kete aku kena himpitkan...tergores tu..huh cian kete aku...petang ni nak bawak g bengkel...tengok leh cover ke x..if polish x cover jugak...jawabnya kena cat semula la bahagian belakang tuh...kesian la pulak kan time2 nak raya ni banyak pulak halnya...adui pening kepala aku...dengan gear kereta aku longgar ntah2 spring gear patah lagi...semua pakai duit!!!!!!! kopak la bulan ni...dengan air cond kete aku problems..huh banyak betul masalah..sabar je lah...pening kepala aku pk..ye lah semua pakai duit..tghr ni kuar dengan eyna pegi proton check gear dengan air-cond leh lak wat hal..esk ptg dah nak balik kg saiful..so kete pun kena ok la..tambah lak gear nasib baik manual if auto peh lagi parah aku..huh3x...
Thursday, August 26, 2010
Monday, August 23, 2010
PaGi YaNg InDaH
Terasa hari ini pagi yang indah buatku...seawal jam 4 pagi aku sampai di hentian putra..selamat sampai ke KL jua...bertolak dari Dungun jam 10 malam akhirnya selamat sampai ke destinasi yang dituju..Mengenangkan hal semalam pasti hati terasa sayu...Tapi hari ini menjadikan aku ceria kerana hari ini aku nak sambut birthday teman sebilikku cik norkiah hehehe....be surprise...yang lucunya td pagi la menunggu si nurul datang ambik aku adui lambat tul..call sebelum jam 4 pagi lagi sampai2 jam 4.30 pagi...mesej kat si nur "kat ne?aku dah sampai ni.. " yang nur balas la "baru nak kuar rumah" 10 minit aku tunggu x sampai2 lagi aku mesej lagi... " mana korang?nak terberak aku tunggu ni.adui ada gak berak dalam seluar jap g hu3x.. " boleh pulak minah tu melayan mesej lawak aku..apa yang dia balasnya... "berakla dalam seluar,jap ar otw ni.."otw diaorang kat 20 minit pada hal dekat je..ye la masing2 liat nak bangun pagikan...tergelak sorang2 aku mesej dengan si nur td pagi..driver teksi duk tengok je aku bengong tul...nasib baik ada mamat sorang ni duk tengah menunggu jugak..dalam hati aku cakap sebelum mamat ni bla baik la aku bla dulu kan...nasib nurul sampai 4.30 pagi so x la aku keseorangan...bukan aku berani sgt nak bertapa kat c 2...pulak aku sorang diri perempuan lak tu so x leh la nak buat berani sgt kan..pagi ni sampai je ofis punch terus g ofis fara bersembang..malas nak masuk ofis aku lagi...ada la topik nak cakapkan..tapi tu la kena sabar hehehe....nak dapatkan bahagia bukannya mudah..kena usaha,berdoa dan bertawakal kepadaNya...
Friday, August 20, 2010
BaLiK kAmPuNg !!!!
Ye Ye hari ni balik kampung !!! wah seronoknya dapat bersahur dan berbuka dengan family hehehe....malam ni tiket aku jam 10 malam naik utama ekspress...adik aku pun shida balik jugak...tau pun nak balik dari duk rumah aku x buat ape...keje dia pun start 1 September nanti....konon ada training tapi tgk dia pun macam malas je hehehe..bese la bulan puasa penat la kut....balik semula ke KL ahad malam..mungkin jam 4-5am aku sampai la kat hentian putra..nasib baik nurul ada boleh tlg hantar dan ambik aku kan..lau x si dia la yang kena pikul tanggungjawab...ingat balik ni nak bagi tau papa aku yang aku nak kahwin tahun depan tapi macam takut pun ada...ntahla mak aku cerewet...if papa aku lain la senang skit...tapi susah jugak...balik ni bagi tahu je lah tahun depan sampai jodoh aku nak kahwin...x nak dah duk bujang...bercinta lama2 nanti x kahwin macam mana...kan aku yang frust...x pernah2 balik kampung nak cakap pasal kahwin...peh masak aku kali ni...belasah je lah..x bagi kena pujuk lagi la...restu family penting nanti x bahagia hidup aku jugak yang merana nanti..boleh percaya ke aku ni nak cakap kat papa pasal kahwin??? nak x nak ke berani sampai bila nak hidup bujang?? aku bukan budak2 lagi dah dewasa kena pandai la buat keputusan..hope kali ni aku x salah pilih...adui sesak jugak nafas aku nanti nak bagi tau...tapi hentam je lah...malu la aku nanti...huhuhu....
Thursday, August 19, 2010
HiDuP tAk SeInDaH yAnG aKu ImPiKaN
Pagi yang suram...hati yang suram..wajahku yang suram...tidak seperti dulu....bila kita dah ketahui hal yang sebenar mana mungkin aku akan seceria yang dulu...satu masa aku terpaksa terima jua realiti akan kehilangan seseorang yang aku sayangi...aku harap aku punya masa nak jaga dia selagi dia hidup selagi dia bernafas di dunia yang fana ini...Banyak perkara x terduga telah berlaku dalam hidup aku....memang sukar untuk aku lalui dengan hati yang tabah...walaupun pahit terpaksa jua aku telan...sedihnya hari2 yang aku lalui kini...hanya aku dan dia mengerti rasa sedih di hati ini...pada siapa untuk aku menumpang kasih seandainya dia telah tiada...persoalan yang tak mampu aku jawab...suatu hari nanti pasti aku merindui dia...rindu yang tiada penghujungnya..hidup hanya bertemankan kenangan yang telah tercipta selama aku mengenali dia seadanya...terima kasih Tuhan atas pertemuan yang telah Engkau berikan kepadaku....
Tuesday, August 17, 2010
HiLaNg SeMaNgAt HaRi Ke-7 RaMaDhAn
Macam mana nak berikan semangat kat orang sedangkan aku pun hilang semangat....aku kena kuat hadapi setiap dugaan yang datang.baru sikit dah menangis.dah runsing.hilang semangat bukan sebab malas puasa tapi ada sesuatu yang buatkan aku risau...tapi tu la sabar je lah..kena motivasikan diri untuk bagi semangat kat dia...hari ni dah genap seminggu ramadhan..pelbagai dugaan datang tanpa aku pinta....kenapa begini jadinya..tapi minggu lepas cerita yang menarik aku balik felda kemasul...buka puasa dengan family dia....seronok la jugak...yang paling meletihkan kutip rambutan buang daun2 dr tangkai nak bagi pada kawan2...ada dalam 12-13 plastik yang sederhana besar..banyak giler buah rambutan dapat dr felda tu...kat rumah aku pun banyak..jangan x makan sudah sayanglah nak buangkan...bukan senang nak dapat...nak beli memang x la kan...hehehe...tapi hari ni aku mengantuk rasa penat rasa lesu....malas nak keje pun ada...ni mata rasa dah ngantuk sgt2....nak tido je skrg ni...hehehe...petang ni shida lak sampai kl..nak kena ambik lagi kat hentian putra...huh memang kepenatan la jawabnya...dah la bulan puasa jalan pulak jangan cakap lah jam...
Friday, August 13, 2010
HaRi Ke-3
Tenangnya rasa hati pada pagi ni....cuma tadi pagi otw g keje kat segambut jalan jam...x pasal mesej fara mintak tolong punch...minah tu leh buat senyap je dah tlg punch...alih2 aku call rupenya dia dah punch..saje je nak aku call ngek betul fara membazir krdt aku hehehe...jam 5 pagi bangun bersahur...kesian nurul,kak ayu perut masuk angin....aku jangan cakap la memang hari2 masuk angin....pagi ni pegi keje dengan kete nurul..kete aku tinggal kat umah..kak ayu pulak balik Taiping...pas sahur tadi pagi aku x tido pun...ntah la rasa x ngantuk....tapi adui panas...dah mandi pun panas....berpeluh aku pagi2..memang sihat la..hehehe..bestnya if dapat blk kg..leh buka puasa dengan family..jawabnye kena tunggu nak balik raya la...boleh lak pagi ni masing2 x nak email kan paper cutting...ni dah jam 9pagi...ada gak kena marah nanti....yg mamat sorang tu leh buat bodoh je...setakat taip tajuk paper je kan...semua orang boleh buat..apa salahnye dia emailkan...hari2 duk bergayut ntah ape2....menyalahgunakan hak kerajaan..teruk betul...geram je aku..nasib baik bulan puasa sabar je lah....memang teruk tajuk paper pun x taip habis..aku yang kena settlekan....aku,ain dengan kak gee bising2...leh wat x tau je..adui sabar je lah....if aku bos dah lama tukarkan staf yang pemalas macam tu...x de rasa tanggungjawab pada tugas sendiri.....terukkan...
Thursday, August 12, 2010
Hari Ke-2 Di Bulan Ramadhan
yes!!! hari ni aku dah boleh menjalani ibadat puasa...hari ni dah masuk hari ke-2 di bulan ramadhan..tapi aku 1st day puasa la kan hehehe..x pe janji leh puasa cepat..dah la semalam susah giler nak tido...pagi ni asyik menguap je...ntah yang ke berapa kali aku pun x tau...nasib baik tadi pagi nurul kejutkan nur kul 5 pagi jugak aku rasa...jam 5.05am baru nur kejutkan aku nak puasa ke x...peh nak boleh ke bangun punye la liat...tapi paksa diri la kan bangun siap mandi wajib lagi semangat nak puasa hehehe....5.20 baru aku bersahur dengan diaorg..menu macam bese la oat dan coco crunch...janji sahur dari minum air semata-mata kan lapar pulak...semalam x leh tido aku teringat kat mak aku..huhuhu rindunye kat mak aku...kesian mak aku demam,lutut lak selalu sakit..x sabar nak balik kampung...x pasal semalam nangis...huhuhu...hari ni x tau nak masak ke x..semalam masak...rasa jugak kemeriahan nak berbuka puasa...beli x syok la...ptg ni semua ada kat rumah memang bestla buka ramai hehehe...adui perut ni pagi2 dah masuk angin...senak dah perut...hehehe nak sambung wat keje lak..nanti aku coret lagi di pages yang lain lak kuang3x....
Wednesday, August 11, 2010
aDaB bErPuAsA dAn SoLaT tErAwIh
Baca Jangan Tak Baca!!!
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
- Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
- Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
- Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
- Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;
- Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
- Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
- Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
- Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
- Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
- Kenyang
- Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..
- Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)
- Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
- As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;
- Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;
- Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
- Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);
- Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
- Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
- Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
- Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
- Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
- Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)
KeLeBiHaN rAmAdHaN
Sebagai Ilmu Pengetahuan...Jadi Sebaiknya Kita Hayati Ramadhan Dengan Penuh Keimanan Dan Ketaqwaan KepadaNya....Allah S.W.T...
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
- Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
- Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
- Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
- Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
- Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
- Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
- Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
- Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
- Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
- Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
- Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
1sT dAy RaMaDhAn
Hari pertama bulan ramadhan rasa tenang je...tambah lak seawal pagi 4.45am aku bangun kejutkan budak2 umah aku...x kejut x bangun sahur la jawabnye...tapi aku ngantuk....walaupun x leh pose tapi aku sahur jugak la kan...nak makan kat ofis segan...ye lah menghormati orang2 yang berpuasa....pagi2 aku call mak aku...kesian mak aku demam...lutut lak selalu sakit,lenguh...adik2 aku bukan nak tolong mak aku buat keje umah...adik je perempuan tapi pemalas...ingat mak aku tu muda lagi ke....nasib baik shida balik hari ni...minah tu rajin la menolong....papa aku lak esk kena g Peneng bertugas selama 10 hari kat sana...ada ape erk kat Peneng aku sendiri pun x pasti...adui ngantuknya...nak je sambung tido..tapi masa datang park kete kat medan selera macam x ramai je orang dtg keje hari ni..mungkin ada yang ambik cuti kut nak merasa 1st day puasa berbuka dengan family tersayang....x pun malas hahaha....adeh tetiba je rasa perut memulas...jap2 g ada jugak ke toilet ni...petang ni nak masak berbuka sekali dengan nor,nurul...kak ayu x tau la berbuka puasa kat luar ke kat umah...si rose jangan cakap la...sah2 la kat luar berbuka puasa dengan si dia....tengok je lah kemeriahan berbuka puasa untuk hari pertama di bulan ramadhan yang mulia ini....bulan yang penuh dengan keimanan...
Tuesday, August 10, 2010
RuShInG
Peh!!!!!!!!!penat terkejar2 aku dibuatnya..adik aku si shida punye pasal...bengong jugak coach dia x dapat hantar adik aku kat pekeliling cakapla awal2..x yah la buat budak tu tertunggu2...ngok betul...dia sibuk la duk mesej aku nak cepat...aku ni ha rushing x tentu pasal..ingat dapat kuar ofis macam tu je ke...nak kena isi borang minta kebenaran kuar...budak tu tau nak cepat je..nasib baik adik e kalau kawan jawabnye tunggu aku habis keje la beb...keje giler namanye..dengan aku dah dpt pelepasan kuar leh pulak kete aku kena block..celah mana aku nak kuar kete aku...naik balik g jumpa eyna pinjam lak minah tu punye kete...adui dah la auto kan park kete lak rapat...jenuh aku nak kena hati2 kuarkan kete eyna..silap aku tekan minyak mampus aku hentam kete orang..x pasal kena ganti...nasib baik berjaya kuarkan kete eyna dr parkingkan...sebab nak cepat boleh je aku drive kete auto dengan jayanya hahaha...cuma time stop tu la nak kena tukar normal....tercari2 aku...hehehe...yg si shida lak siap hendap sape lak berhenti depan rumah...siap tanye bawak kete sape...banyak tanye pulak minah tu...dah la otw nak ke pekeliling jalan sedikit sesak..dengan siap ada polis trafik lagi..adui belum bulan puasa jalan dah sesak...padahal baru jam 3pm..x faham betul aku dengan KL ni..dah hantar si shida mesej pulak aku nak sijil ijan...aku mana nak ingat dia nak cepatkan...tanye aku dah kat mana..hmm...bertuah punye adik..aku dah nak sampai ofis x kuasa aku nak pusing balik...dah la jalan sesak...bawak pulak auto bkn cekap sgt pun...tapi ok la x yah nak tukar2 gear kan..tekan minyak je...tu la kelebihan auto drive kete agak relax dan tu sesuai bagi orang pemalas hahaha...jahat je aku kan...apa pun syukur alhamdulillah si shida pun dah naik bas masa aku dah sampai ofis dh siap park kete..so lega...walaupun rushing keselamatan harus diutamakan....kepenatan aku hari ni...gara2 adik aku si shida sayang....
LeTiH....
pagi2 lagi perut dah sakit..senak perut aku...dah la period adui letih,lesu rasa badan pagi ni...rasa nak balik rumah sambung tido pun ada...ptg semalam patut balik lewat tapi jam 5pm aku dah cabut balik...x kuasa aku nak keje lebih masa..tolong apa yang termampu sudah..bukan keje aku pun..keje bawah bos adatlah dapat arahan last minute...pagi ni tarik muka pulak...padan la dengan gaji dengan kenaikan gred bukan selalu pun bos bagi keje macam tu...dah la petang smlm aku makan ubat tahan sakit...sampai mata pun dah x larat nak bukak...e tahan je mengantuk...dengan pagi ni pulak perut aku x brape selesa...bese lah perempuan datang bulan macam2 ragam la jawabnye.....shida pulak nak g jengka hari ni...nak pegi jumpa kawan kat UITM Jengka...smlm siap pegi tesco cari barang stok untuk bulan puasa..aku pun beli oat dengan coco crunch...tu pun siap pujuk si nurul dengan nor ajak g tesco beli apa yang patut....kira pujukan aku berjaya la kan hehehe...mlm ni puasa la...esk dah masuk bulan puasa....so x mati kelaparan la aku di bulan puasa nanti..nak kena diet jaga badan...nak slim macam dulu...rindunye pada diri aku di tahun 2007...aku x suka dengan diri aku skrg.....skrg aku dah jauh berubah aku rindu pada kehidupanku yang dulu seawal remaja...tiba2 je rindu kat mak...rindu kat family...aku letih dengan cara hidupku skrg....
Monday, August 09, 2010
sAkIt HaTi !!!
Sangat2 sakit hati sebab ada orang dengki dengan aku...macam siot je...aku x kacau dia x yah la kacau aku kan...e rasa darah nak naik kepala macam nak meletup je...apa tak nye sesuka hati suruh aku buat memo...e dia tu sape kerani jugak jangan nak belagak jadi bos la...dah la masuk kuar ofis sesuka hati dia geram je aku kan...ko punye keje ko buatlah sendiri x pasal lak nak suruh aku..x kuasa aku nak melayan...sakit je hati ni...rupenye dia la yang sibuk melapor pasal punch card aku...aku ni x la seteruk dia kan sibuk nak melapor kat pegawai..lapor la aku x heran macam aku jahat sangat...setakat masuk ofis goyang kaki makan gaji buta baik x payah datang keje x susahkan orang....e manusia ni kadang ada jugak rasa x bersyukur..dah Tuhan bagi sihat sempurna badan patut bersyukur ni x masih x sedar diri...e betullah dasar x sedar diri..jangan ingat diri tu bagus sgt...peh bengang,sakit hati,nak marah semua ada...nak maki hamun pun ada..huh tahap kesabaran dah mula tipis...adui sabar je lah...ikutkan hati nak je cakap lepas tapi fikir x nak gaduh2 kat ofis..aku pun tau lagi nak jaga air muka aku ni...dah kerani wat la keje cara kerani jangan nak belagak macam bos !!!!!!!!!!!!!
DaLaM kEtErPaKsAaN...
Walaupun x suka terpaksa jua aku gagahi dalam keterpaksaan coz kena jadi urusetia bagi media registration...x suka pun kena suka coz keje...huhuhu...ada la jugak kenangan sementara menunggu jam 3 petang...
ni kamera hs si yana...gambar x brape cantik mungkin sebab lampu hotel kut..x pun settings kamera yana yang x betul...x pe la janji ada kenangan kan..lain x nak lagi !!!!!!!!!
Ada Lagi La Pic Di I-CiTy
minah ni wat ayu lak kan..pic ni aku yang ambik...aku punye idea la ni wat posing ayu hahaha...macam frust kan huhuhu...sorry la nurul hehehe...
tgk ni cik kiah kita posing kat kaktus hehehe...
aku punye gambar saiful yang ambik..dah x tau nak posing mcm ne so aku hentam je lah..asal nampak muka aku sudah hehehe...
hehehe ni muka orang x get ready ambik gambar....dah keletihan coz bateri asyik low...cian bateri x ngam dengan kamera...huhuhu....
ni lak gambar kat merak huh nak kena tunggu turn lak tu ambik gambar...macam skema je kan hahaha...
cian si nurul ni ambik pic sorang2...x pe la janji ada pic dengan merak kan hehehe...
ambik la nur angkat wat balik ipoh...hahaha....
mentang2 pakai baju hijau pic pun kat lampu hijau hehehe....ni muka dah letih tapi nak kena ambik gambar jugak la kan bukan senang nak dtg cni...
ni pic muka x get ready..x aci betul hahaha....sebab tema raya tahun ni warna oren so aku pilih warna oren la...
Kenangan Terindah di I-City for 2010
Pagi-Pagi Accident !!!
Selamat pagi...minggu ni dah masuk bulan ramadhan tapi sayang aku x leh puasa...memang x bestla...tapi nak wat macam ne kan...nak dijadikan cite pagi-pagi lagi dah accident kat selekoh depan lembaga peperiksaan..aku agak dalam 6.30pagi la..aku lalu dalam jam 6.45pagi masa tu kete dah bawah lori..peh mmg teruk...kat situ la jugak aku accident..honda city himpit kete aku sampai skrg kes tergantung teruk giler sarjan tu...kes macam tu pun x leh nak settle kan....bese la kan kete besar mana nak mengalah...x pe la satu masa kena jugak balasan...x tau la macam kes tadi pagi...mmg jam teruk la kat jalan tu...nasib baik aku sempat break dah la aku bawah laju time tu huh bahaya...asal nak masuk bulan puasa je nak raya je accident....peh mmg bahaya lah...pas ni aku kena hati2 skit...papa aku pun x yakin dengan aku drive kete laju...jangan dikatakan papa aku pakwe aku pun same..kena marah ada hahaha....tapi tu la x pernah serik...baik aku beringat kan...
Friday, August 06, 2010
I-CiTy LaGi
Tadi masuk ofis jam 3pm....best ain belanja makan kfc..aku pegi dengan kak gee,yana,ain dan aku..kira ber4 la kan...nak dijadikan cite td kuar la 12.30pm konon nak g sogo..alih2 sampai sana peh jalan jam giler...kul 1.30 baru kuar dari kl..1 jam terperap dalam kete..dah tu kak gee ajak makan kfc kat kepong je...cian betul....skrg kenyang sgt2 la...tapi aku nak masukkan lagi gambar masa kat I-City...gambar dengan nor dan nurul..bawak diaorang la coz saiful nak belanja makan..td pagi mintak dengan nurul pendrive..tapi gambar x brape cantik sgt..coz malam tu bateri asyik low je pada hal tu semua bateri baru..bengang je kan...
sweet je pic ni..tapi nampak aku macam berisi sgt la
pulak kan..hehehe...
ni lak si nurul huh jenuh nak leh ke ambik gambar coz bateri wat hal..lawak je hehehe...
ni cik kiah hahaha...meriah warna merah gitu aku la ni suruh dia posing kat pokok2 lampu merah hehehe...disebabkan dia suka merahkan...
e kiah ni konon kat winter la kan....menjiwai suasana di I-City hahaha
x aci gambar diaorg cerah aku punye gelap...ni aku yang ambik...sweetkan..bab posing cepat je minah2 ni...
suka sgt...saiful ke cik nurkiah kita yang ambik gambar..dah x tau nak posing macam mana lagi...kelakar je siap gelak2...
ini lak pic aku dengan si kiah...hahaha.....tembam kan...hehehe...
Wednesday, August 04, 2010
tErLeWaT !!!!
cite pasal semalam.... 3 Ogos 2010...e ngantuknya dah la sejuk..dah bnyk kali menguap ni...adui cepatla masa berlalu ngantuk sgt....nak tunggu sampai maghrib huh lama lagi...memang x bermaya la ptg ni...apa tak nye puasa katakan..minggu depan dah nak masuk bulan ramadhan minggu ni aku baru nak ganti pose..lagi 1 hari tinggal...si kiah dengan nurul pun pose jugak hehehe ada geng nak buka pose ptg ni..pas buka pose solat2..siap2 gerak ke Shah Alam.malam ni saiful nak belanja cik kiah dengan nurul makan...pas tu nak g I-City...memang best la malam ni ambik gambar lagi...pakai cantik skit baru meriahkan....dah lama x pakai cantik skit...asal kuar je jeans dengan t-shirt...
Dan cite hari ni aku lewat bangun tadi pagi..si nur pun sama...aku dah set time 5.30am alih2 aku sambung lagi tido..apa taknye penat giler...semalam aku bawak nur dengan nurul g I-City hehehe..saiful lak belanja makan pas makan tu la g I-City seronok la ambik gambar lagi tapi masalahnya bateri lak asyik low aku pun x tau nape...nasib baik hs si nurul leh ambik gambar tapi tu la x banyak sgt..next time pegi dengan kak ayu pulak...bagi gegar kat i-City tu hahaha...yg best kat sana pun coz lampu2..then leh ambik gambar banyak2...lepak2 dengan ada tv tu yang seronok...leh la cuci mata...mujur la si fara baik hati punch card utk aku..2x aku mesej nak call dah malas...dah tau minah tu pagi2 hs sentiasa kat tangan hehehe...lawak je aku dengan nur leh lak bangun 6.45..sah2 la x sempat kan...nak x nak mintak je sape2 punchkan...janji x lewat sgt sampai kat ofis.....semalam pose hari ni malas badan letih...rehat pun x cukup....hehehe....jap g nak tapau makan sarapan dengan si fara debab...laparla...
Dan cite hari ni aku lewat bangun tadi pagi..si nur pun sama...aku dah set time 5.30am alih2 aku sambung lagi tido..apa taknye penat giler...semalam aku bawak nur dengan nurul g I-City hehehe..saiful lak belanja makan pas makan tu la g I-City seronok la ambik gambar lagi tapi masalahnya bateri lak asyik low aku pun x tau nape...nasib baik hs si nurul leh ambik gambar tapi tu la x banyak sgt..next time pegi dengan kak ayu pulak...bagi gegar kat i-City tu hahaha...yg best kat sana pun coz lampu2..then leh ambik gambar banyak2...lepak2 dengan ada tv tu yang seronok...leh la cuci mata...mujur la si fara baik hati punch card utk aku..2x aku mesej nak call dah malas...dah tau minah tu pagi2 hs sentiasa kat tangan hehehe...lawak je aku dengan nur leh lak bangun 6.45..sah2 la x sempat kan...nak x nak mintak je sape2 punchkan...janji x lewat sgt sampai kat ofis.....semalam pose hari ni malas badan letih...rehat pun x cukup....hehehe....jap g nak tapau makan sarapan dengan si fara debab...laparla...
Monday, August 02, 2010
I-CiTy PiCtUrE's
DaPaT Hs BaRu !!!
Best semalam aku dapat hs baru...hehehe si dia belikan...murah x pe janji baru hahaha...dah pakai 2 hs 2 nombor so x yah nak pening2 pk nak pinjam hs adik aku...hs LG pun aku dah ambik 31hb Julai 2010...huh melayang RM120...tu la ganas sgt..dah tau slide jgn la tolak ganas sgtkan..kereta nak x nak kena buat hujung bulan 8 ni..adui tunda lagi...sebelum balik raya aku repair la kete bagi cantik semula...semalam pegi i-city huh best banyak giler gambar aku ambik tapi ada dengan adik aku..dah dapat nanti tau la aku masukkan dalam blog aku ni hehehe...sebelum ni nak masuk dekat dengan i-city x yah bayar tapi skrg RM10..adui mahal...so parking la kat luar jalan kaki skit..penat jugak la asyik bergambar je..tapi x kisahla janji puas hati...pagi ni kat ofis lak aku agak keletihan...ye lah semalam berjalan sakan dari tghr sampai malam...adeh penat...balik keje nanti nak kena basuh baju..adui malasnya...kete lak kotor..bonet kete yang besar pun dah x de ruang..macam2 aku sumbat...nak kena kemas lagi...hmm...bila masa aku dapat rehat aku pun x tau...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Beautiful memory in my life...forever and ever....
Hari Pernikahanku Sabtu, 22 Oktober 2011 Slideshow: NaNa’s trip from Segambut, Kuala Lumpur (near Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia) to 3 cities Selangor, Shah Alam and Dungun was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.