Bila rindu
Hati terasa sayu
Jiwa merintih hiba
Mungkin rindu pada seseorang
Atau mungkin kerana perpisahan
Bila rindu
Rasa sepi hidup ini
Baru aku sedari
Kehilangan seseorang
Hampir setiap hari dikenang
Bila rindu
Hadir tanpa diundang
Hadir tanpa diduga
Tersentap rasa hati
Terdiam diri buat seketika
Kenapa rasa hati ini tiba-tiba berbicara
Bila rindu
Diri terasa terasing
Umpama hidup seorang diri
Tanpa suka dan duka
Kerana kerinduan yang hadir
Buat aku senyap tanpa kata-kata yang lahir
Bila rindu
Menjadikan diri seorang perindu
Menyedarkan aku rindu mula menyapa
Mengharapkan insan itu ada depan mata
Bila rindu
Terdetik di hatiku
Kenapa rasa hati ini resah
Kenapa rasa hati ini buat aku gelisah
Aku sedari aku rindu
Rindu pada kenangan lalu
Selasa, 26 Jun 2012
No comments:
Post a Comment