Andai dapat ku undur masa
Ingin aku kembali zaman remaja
Saat manis alam persekolahan
Bersama teman seperjuangan
Mengenal erti kewajipan
Tanggungjawab kepada diri dan keluarga
Kepada guru, sekolah dan Negara
Andai dapat ku undur masa
Akanku jadikan diri pelajar yang tekun
Akanku jadikan diri sentiasa rajin
Menelaah setiap mata pelajaran
Demi sebuah kejayaan
Untuk dihadiahkan buat keluarga
Dengan harapan kecapi impian
Mengejar sebuah cita – cita
Andai dapat ku undur masa
Ingin aku jejak ke institusi tinggi
Mengikut langkah teman seperjuangan
Mengiringi rentak mereka
Untuk mengecapi sebuah impian
Dalam mengejar sebuah cita
Andai dapat ku undur masa
Akanku pastikan cita – citaku
Dalam genggaman tanganku
Pasti aku akan hargai masa remajaku
Demi kejayaan diri
Menggalas harapan yang tinggi
Untuk ku jadikan hadiah
Buat diriku dan juga keluarga
Mungkin ini dikatakan
Lumrah sebuah kehidupan
Setiap orang punya haluan berbeza
Kehidupan yang telah aku bina
Tidak mungkin berubah
Masa tidak akan menungguku
Kerana aku yang mengejar saat,detik dan waktu
Selasa, 26 Jun 2012
Selasa, 26 Jun 2012
No comments:
Post a Comment