Perkahwinan adalah ijab dan qabul
Penyatuan dua hati
Antara dua jiwa saling
mencintai
Terjalinnya ikatan suci
Dengan kehendak illahi….
Perkahwinan syariat islam
Suatu ikatan teguh lelaki dan
perempuan
Suatu ikatan janji yang
mendapat persetujuan
Dipersetujui kedua pihak atas
perbincangan
Berlangsungnya sebuah perkahwinan
Perkahwinan menghalalkan
persetubuhan
Penyambung zuriat dan keturunan
Tuntutan agama jaminan
kesejahteraan
Ibadah ditegakkan tuntutan
syariat
Mendekatkan diri kepada Allah
S.W.T…
Perkahwinan yang direstui
Wujudnya cinta,kasih dan
sayang terhadap diri
Mendalamnya perasaan suami
isteri
Lahirnya cinta yang murni
Tercipta sebuah perkahwinan
mithali
Perkahwinan menjanjikan kebahagiaan
Kesyahduan cinta disulami
kepercayaan
Kasih yang mengasyikkan
Penyeri penghias perkahwinan
Anugerah terindah dariMu, Tuhan
Hasil Nukilanku,
Mariana
No comments:
Post a Comment