Andai dapat ku
undur masa
Ingin aku
kembali zaman remaja
Saat manis alam
persekolahan
Bersama teman
seperjuangan
Mengenal erti kewajipan
Tanggungjawab
kepada diri dan keluarga
Kepada guru,
sekolah dan Negara
Andai dapat ku
undur masa
Akanku jadikan
diri pelajar yang tekun
Akanku jadikan
diri sentiasa rajin
Menelaah setiap
mata pelajaran
Demi sebuah
kejayaan
Untuk
dihadiahkan buat keluarga
Dengan harapan
kecapi impian
Mengejar sebuah
cita – cita
Andai dapat ku
undur masa
Ingin aku jejak
ke institusi tinggi
Mengikut langkah
teman seperjuangan
Mengiringi
rentak mereka
Untuk mengecapi
sebuah impian
Dalam mengejar
sebuah cita
Andai dapat ku
undur masa
Akanku pastikan
cita – citaku
Dalam genggaman
tanganku
Pasti aku akan
hargai masa remajaku
Demi kejayaan
diri
Menggalas
harapan yang tinggi
Untuk ku
jadikan hadiah
Buat diriku dan
juga keluarga
Mungkin ini
dikatakan
Lumrah sebuah
kehidupan
Setiap orang
punya haluan berbeza
Kehidupan yang
telah aku bina
Tidak mungkin
berubah
Masa tidak akan
menungguku
Kerana aku yang
mengejar saat,detik dan waktu
Hasil Nukilanku,
Mariana
Mariana
No comments:
Post a Comment