Thursday, June 28, 2012

Perkahwinan


Perkahwinan adalah ijab dan qabul
Penyatuan dua hati
Antara dua jiwa saling mencintai
Terjalinnya ikatan suci
Dengan kehendak illahi….

Perkahwinan syariat islam
Suatu ikatan teguh lelaki dan perempuan
Suatu ikatan janji yang mendapat persetujuan
Dipersetujui kedua pihak atas perbincangan
Berlangsungnya sebuah perkahwinan

Perkahwinan menghalalkan persetubuhan
Penyambung zuriat dan keturunan
Tuntutan agama jaminan kesejahteraan
Ibadah ditegakkan tuntutan syariat
Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T…

Perkahwinan yang direstui
Wujudnya cinta,kasih dan sayang terhadap diri
Mendalamnya perasaan suami isteri
Lahirnya cinta yang murni
Tercipta sebuah perkahwinan mithali

Perkahwinan menjanjikan kebahagiaan
Kesyahduan cinta disulami kepercayaan
Kasih yang mengasyikkan
Penyeri penghias perkahwinan
Anugerah terindah dariMu, Tuhan

Khamis,28 Jun 2012

No comments:

Beautiful memory in my life...forever and ever....

Hari Pernikahanku Sabtu, 22 Oktober 2011 Slideshow: NaNa’s trip from Segambut, Kuala Lumpur (near Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia) to 3 cities Selangor, Shah Alam and Dungun was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.