Thursday, June 28, 2012

PeRkAhWiNaN


Perkahwinan adalah ijab dan qabul
Penyatuan dua hati
Antara dua jiwa saling mencintai
Terjalinnya ikatan suci
Dengan kehendak illahi….

Perkahwinan syariat islam
Suatu ikatan teguh lelaki dan perempuan
Suatu ikatan janji yang mendapat persetujuan
Dipersetujui kedua pihak atas perbincangan
Berlangsungnya sebuah perkahwinan

Perkahwinan menghalalkan persetubuhan
Penyambung zuriat dan keturunan
Tuntutan agama jaminan kesejahteraan
Ibadah ditegakkan tuntutan syariat
Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T…

Perkahwinan yang direstui
Wujudnya cinta,kasih dan sayang terhadap diri
Mendalamnya perasaan suami isteri
Lahirnya cinta yang murni
Tercipta sebuah perkahwinan mithali

Perkahwinan menjanjikan kebahagiaan
Kesyahduan cinta disulami kepercayaan
Kasih yang mengasyikkan
Penyeri penghias perkahwinan
Anugerah terindah dariMu, Tuhan

Hasil Nukilanku,
Mariana

Perkahwinan


Perkahwinan adalah ijab dan qabul
Penyatuan dua hati
Antara dua jiwa saling mencintai
Terjalinnya ikatan suci
Dengan kehendak illahi….

Perkahwinan syariat islam
Suatu ikatan teguh lelaki dan perempuan
Suatu ikatan janji yang mendapat persetujuan
Dipersetujui kedua pihak atas perbincangan
Berlangsungnya sebuah perkahwinan

Perkahwinan menghalalkan persetubuhan
Penyambung zuriat dan keturunan
Tuntutan agama jaminan kesejahteraan
Ibadah ditegakkan tuntutan syariat
Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T…

Perkahwinan yang direstui
Wujudnya cinta,kasih dan sayang terhadap diri
Mendalamnya perasaan suami isteri
Lahirnya cinta yang murni
Tercipta sebuah perkahwinan mithali

Perkahwinan menjanjikan kebahagiaan
Kesyahduan cinta disulami kepercayaan
Kasih yang mengasyikkan
Penyeri penghias perkahwinan
Anugerah terindah dariMu, Tuhan

Khamis,28 Jun 2012

Wednesday, June 27, 2012

JaLaN JaLaN Di ChOw KiT

Selamat petang blog duniaku!!!!!
Tengahari tadi teman kawan pegi Chow Kit.
Jalan-jalan cuci mata kat Chow Kit.
Sebelum ni aku lalu x tengok apa pun...
Giler la banyak je kedai pemborong kat sana....
Aku baru perasan erk...


Member aku jual beg untuk ladies punyer...
boy x de la hehehee...
Ikut dia baru tau ada kedai pemborong kat Chow Kit...
Sebelum ni orang bagi info aku buat bodoh jerk...
Tapi bila tengok rasa jugak nak buat bisnes sendiri...


Ini suasana kat jalan Chow Kit...
masa aku pegi x la sibuk jalannyer....
Cuba petang ni memang traffic jam ok huhuhu....
So pas ni sape2 nak buat bisnes cari je barang kat Chow Kit...
Budget sikit tapi untung berganda hehehe....
Confirm dapat harga yang berpatutan...
Sangat murah dari beli kat luar sana...
Ada rezeki aku pun nak buat bisnes sendiri...

Wedding Anniversary

Morning blog duniaku!!!!
Hari ni aku nak cerita pasal Wedding Anniversary.
Tahun ni 1st time aku sambut ulang tahun perkahwinan bersama suami tercinta.
Tak tau la seronok tak kan..
Coz kat Kuantan je pun...
Negeri kelahiran aku pulak tu hehehe...
Hope best la coz memang nak tempat yang privasi ada pantai and relax...
Aku x kisah mahal ke murah janji keselesaan tu penting....
kata nak sambut ulang tahun perkahwinan...
mesti lah tak nak orang ganggu kan hehehe...


Duta Village Beach Resort, Kuantan

Percutian pada Oktober 2012 nanti.
Yang aku tau lokasi x jauh sangat dari Berjaya Megamall Kuantan..
ok la kan senang skit nk g bandar jalan2...
Takkan nak terperap je kat bilik...
Terpulang pada pasangan la nak sambut ulang tahun perkahwinan macam ne..
Setiap pasangan pasti ada pilihan dan citarasa tersendiri...


 Ini pulak gambar pantai dekat je dengan resort...
kawan aku cakap belakang resort je...
tapi resort ni kat Sungai Karang Beserah,Kuantan.
Tengok gambar macam best je kan...
Tunggu dan lihat je lah...
Dimana pun kita berada ke mana kita pergi...
Tapi bila hati bahagia semua tu jadi indah dan sempurna....


Standard Room

Aku search dalam internet ni biliknya...
Tak tau betul ke x...
Aku memang x pernah jejak kaki ke sana....
Aku tak kisah bilik kecik ke besar ke yang penting selesa...
Macam ne la perasaan sambut ulang tahun perkahwinan erk...
Ada setengah pasangan aku tengok bese jerk..
Macam x de ape2 untuk dihargai....
Tapi aku....sangat menghargai perkahwinan yang telah terbina....
baru nak genap setahun ni....

Pandangan terhadap setiap perkahwinan pastinya berbeza...
Kerana disebalik perkahwinan ada cerita yang tersendiri....
Terpulang kepada pasangan bagaimana mereka menghargai perkahwinan itu....
Namun bagi aku perkahwinan adalah anugerah terindah dariNya....
Hanya dari izinNya kita kecapi kebahagiaan yang hakiki.....
Setinggi mana harapan kita terhadap sebuah perkahwinan hanya diri kita yang mencorak untuk menggapainya.... Bukan mudah untuk kekalkan ikatan yang suci ini....
Terima kasih Tuhan atas kehidupan yang telah Engkau berikan kepadaku....


Andai dapat ku undur masa


Andai dapat ku undur masa
Ingin aku kembali zaman remaja
Saat manis alam persekolahan
Bersama teman seperjuangan
Mengenal erti kewajipan
Tanggungjawab kepada diri dan keluarga
Kepada guru, sekolah dan Negara

Andai dapat ku undur masa
Akanku jadikan diri pelajar yang tekun
Akanku jadikan diri sentiasa rajin
Menelaah setiap mata pelajaran
Demi sebuah kejayaan
Untuk dihadiahkan buat keluarga
Dengan harapan kecapi impian
Mengejar sebuah cita – cita

Andai dapat ku undur masa
Ingin aku jejak ke institusi tinggi
Mengikut langkah teman seperjuangan
Mengiringi rentak mereka
Untuk mengecapi sebuah impian
Dalam mengejar sebuah cita

Andai dapat ku undur masa
Akanku pastikan cita – citaku
Dalam genggaman tanganku
Pasti aku akan hargai masa remajaku
Demi kejayaan diri
Menggalas harapan yang tinggi
Untuk ku jadikan hadiah
Buat diriku dan juga keluarga

Mungkin ini dikatakan
Lumrah sebuah kehidupan
Setiap orang punya haluan berbeza
Kehidupan yang telah aku bina
Tidak mungkin berubah
Masa tidak akan menungguku
Kerana aku yang mengejar saat,detik dan waktu 

Selasa, 26 Jun 2012

Tuesday, June 26, 2012

Bila Rindu

Bila rindu
Hati terasa sayu
Jiwa merintih hiba
Mungkin rindu pada seseorang
Atau mungkin kerana perpisahan

Bila rindu
Rasa sepi hidup ini
Baru aku sedari
Kehilangan seseorang
Hampir setiap hari dikenang

Bila rindu
Hadir tanpa diundang
Hadir tanpa diduga 
Tersentap rasa hati
Terdiam diri buat seketika
Kenapa rasa hati ini tiba-tiba berbicara

Bila rindu
Diri terasa terasing
Umpama hidup seorang diri
Tanpa suka dan duka
Kerana kerinduan yang hadir
Buat aku senyap tanpa kata-kata yang lahir

Bila rindu
Menjadikan diri seorang perindu
Menyedarkan aku rindu mula menyapa
Mengharapkan insan itu ada depan mata

Bila rindu
Terdetik di hatiku
Kenapa rasa hati ini resah
Kenapa rasa hati ini buat aku gelisah
Aku sedari aku rindu
Rindu pada kenangan lalu

Hasil Nulikanku,
Mariana

Andai Dapat Ku Undur Masa

Andai dapat ku undur masa
Ingin aku kembali zaman remaja
Saat manis alam persekolahan
Bersama teman seperjuangan
Mengenal erti kewajipan
Tanggungjawab kepada diri dan keluarga
Kepada guru, sekolah dan Negara

Andai dapat ku undur masa
Akanku jadikan diri pelajar yang tekun
Akanku jadikan diri sentiasa rajin
Menelaah setiap mata pelajaran
Demi sebuah kejayaan
Untuk dihadiahkan buat keluarga
Dengan harapan kecapi impian
Mengejar sebuah cita – cita

Andai dapat ku undur masa
Ingin aku jejak ke institusi tinggi
Mengikut langkah teman seperjuangan
Mengiringi rentak mereka
Untuk mengecapi sebuah impian
Dalam mengejar sebuah cita

Andai dapat ku undur masa
Akanku pastikan cita – citaku
Dalam genggaman tanganku
Pasti aku akan hargai masa remajaku
Demi kejayaan diri
Menggalas harapan yang tinggi
Untuk ku jadikan hadiah
Buat diriku dan juga keluarga

Mungkin ini dikatakan
Lumrah sebuah kehidupan
Setiap orang punya haluan berbeza
Kehidupan yang telah aku bina
Tidak mungkin berubah
Masa tidak akan menungguku
Kerana aku yang mengejar saat,detik dan waktu

Hasil Nukilanku,
Mariana

Bila Rindu


Bila rindu
Hati terasa sayu
Jiwa merintih hiba
Mungkin rindu pada seseorang
Atau mungkin kerana perpisahan

Bila rindu
Rasa sepi hidup ini
Baru aku sedari
Kehilangan seseorang
Hampir setiap hari dikenang

Bila rindu
Hadir tanpa diundang
Hadir tanpa diduga 
Tersentap rasa hati
Terdiam diri buat seketika
Kenapa rasa hati ini tiba-tiba berbicara

Bila rindu
Diri terasa terasing
Umpama hidup seorang diri
Tanpa suka dan duka
Kerana kerinduan yang hadir
Buat aku senyap tanpa kata-kata yang lahir

Bila rindu
Menjadikan diri seorang perindu
Menyedarkan aku rindu mula menyapa
Mengharapkan insan itu ada depan mata

Bila rindu
Terdetik di hatiku
Kenapa rasa hati ini resah
Kenapa rasa hati ini buat aku gelisah
Aku sedari aku rindu
Rindu pada kenangan lalu
Selasa, 26 Jun 2012

Friday, June 22, 2012

Helmet Kena CURI

Morning blog duniaku !!!
Awal pagi dah ada cite bikin panas kan...
Apa taknyer helmet kena curi!!!!!!!!!!
Tolonglah........ helmet cikai macam ni pun orang nak ambik ke....


Mungkin orang yang ambik tu terdesak..
tak pun berkenan dgn helmet aku hahaha....
x pe hari ni org tu ambk helmet aku...
Esok lusa tulak tubing orang lain lak ambk barang orang tu lebih lagi...
Belum kena kan...dah kena..
Sendiri mau ingat lah.......

Letak atas motor selama ni x lak kena curi..
tetiba hari ni nk kenakan....
Anggap je lah rezeki orang tu...
Walaupun dengan cara mencuri!!!!!!!
Jawabnyer petang ni aku balik keje tumpang kak zura la...
Nasib baik ada kawan dan jiran terdekat kan...
lau jauh x pasal nk kena pinjam helmet kawan lak....
Pada yang ambik tu ingat2 la....
Pasti ada pembalasan...

Pesanan dan peringatan dari aku...
Jangan tinggal atau letak barang keperluan atau berharga walaupun sekejap...
Lalai jerk pasti akan kehilangan barang tersebut...
Rambut sama hitam hati lain2...
Kita memang kena sentiasa berwaspada pada setiap waktu...
Tak kira dimana pun kita berada....
Ingat tu !!!!!!!!!!!!!!!!!!


Thursday, June 14, 2012

CiNtA


Cinta

Seringkali aku berbicara tentang cinta
Kerana cinta terlalu banyak ertinya
Apakah benar aku sedang bercinta
Adakah aku mengerti erti cinta
Dengan siapa aku bercinta
Hanya aku yang memilih siapa dia

Insan yang ingin aku cinta
Itulah dia insan yang bertakhta
Menerima dan mencintai aku seadanya
Senantiasa sabar dan menjaga aku sebaiknya

Tersemat dihati dan jiwa nuraniku
Memiliki cintamu anugerah terindah buatku
Terima kasih atas kesudian dirimu
Mencintai kekurangan dan kelebihan diriku

Indahnya hidup adanya cinta
Cinta yang tulus dan suci
Lahir dari hati dan nurani
Cinta mendewasakan kita
Mengenal siapa diri kita sebenarnya

Setiap langkahku adanya dirimu
Setiap nafasku buat dirimu
Setiap saat aku mengingatimu
Setiap detik jantungku hanya buatmu


Tuhan jagakan dia untuk aku
Dalam tidur dalam jagaku
Hanya dia yang menemaniku
Disetiap ruang nafasku
Hanya dia yang aku ada

Hanya dia yang aku inginkan
Disegenap ruang kehidupan
Hanya dia yang aku inginkan
Menemani aku untuk hari ini,esok dan selamanya
Tuhan sejahterakanlah kami walau dimana jua kami berada….

Hasil Nukilanku
Mariana

Majlis Perpisahan

Selamat petang buat blog duniaku.....
Hari ni rasa agak suram bagiku...
Mungkin kerana majlis perpisahan yang telah diadakan tengahari tadi...
Tetiba je rasa sayu di hati...
Sambutan majlis perpisahan buat Datin Salehah...
Datin dah dapat tukar ke KPT....huhuhu....

 

White board ni cik ila punyer keje...
kreatifkan??? hehehe.....
Sempat lagi melawak td erk....
walaupun majlis ni last minute tapi sebenarnyer sedih...


Tengok ni je hidangan yang x seberapa tengahari tadi...
tu pun bos sponser...
kek cik ila dgn yana rasanyer...


Nampak sedapkan...
tapi sebenarnyer memang sedap ok.....
aku rasa mcm aku dengan ain paling banyak makan kek ni...
perisa ape erk...jap nk ingat.....

Black Forest Coklat Moise
Kedai Kek King's

siap tanyer yana hehehe....
sebab dia yang pilih kek ni...
kedai king's je yang ada kek ni...
kedai kek lain ada tapi memang lain rasanyer.....
pas ni nk beli kek pegi sana yerk kedai kek King's....
 
 

Inilah Datin Salehah....
Majlis yang sederhana untuk hari terakhir di UKK MITI...
Lepas ni x de dah la bos yang betul2 jaga kitaorg...
huhuhu sadis...


  Mungkin ni gambar kenangan yang terakhir untuk kami semua...
Bulan depan KKK pun nak resigned...
Lepas ni cik Ila la yang pantau ktorg semua....
Suram la ofis UKK...
Dah x meriah....
Memanglah mcm2 perangai ada tapi bila berpisah....
memang terasa sedih suram jerk.....


 Gambar bersama untuk ladies je k...hahaha....
See cantik kan kitaorg posing hahaha....
suka2 kenangan bersama....


Ni pic bagi boy lak...
semua bujang trang tang tang.....


Hadiah cenderahati dari warga UKK buat datin....
idea hadiah dari aku hehehe...
yang membeli ain...
sorry la x dapat nk pegi beli...huhuhu.....


 Last gambar aku dgn datin...


Gonna miss you....

Beautiful memory in my life...forever and ever....

Hari Pernikahanku Sabtu, 22 Oktober 2011 Slideshow: NaNa’s trip from Segambut, Kuala Lumpur (near Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia) to 3 cities Selangor, Shah Alam and Dungun was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.