Wednesday, December 04, 2013

Al-Quran Prakata

Assalamualaikum..
Selamat pagi blog duniaku!
Hari ni cuaca masih sama seperti semalam...
Hujan membasahi bumi....
Sebelum update blog tengok facebook dulu...
Kebetulan cousin aku promote Al-Quran Prakata di fb...
aku berminat terus order...
sapa-sapa nak beli bolehla order dengan cousin aku...
senang x yah nak cari jauh-jauh...
Jimat masa dan duit...
Sekarang semua mahal kan....


Jualan harga RM90 sahaja...
sapa-sapa yang x lancar membaca Al-Quran boleh la beli..
Senang nak belajar...
nak ajar anak-anak pun senang....
A-Quran bimbingan hidup kita sepanjang zaman...
tiada noktahnyer....
Al-Quran prakata akan membantu dan memudahkan kita...
kerana ada maksud...sangat bagus untuk kita semua...


Info sedikit mengenai Al-Quran...

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. 

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. 

Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq


Bacalah Al-Quran

Daripada Abu Ummamah Al-Bahili r.a. katanya, 
“Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Bacalah Al-Quran! 
Kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat (pembela) bagi orang yang membacanya. 

Bacalah dua surah yang bercahaya, iaitu surah Al-Baqarah dan surah Ali Imran. 
Kerana sesungguhnya keduanya akan datang pada hari kiamat seperti dua mega yang menaungi atau seperti dua awan yang melindungi di atas kepalanya atau seperti dua gerombolan burung yang bersaf-saf. 

Kedua-dua surah itu akan membela pembacanya.” 

Sekian...

No comments:

Beautiful memory in my life...forever and ever....

Hari Pernikahanku Sabtu, 22 Oktober 2011 Slideshow: NaNa’s trip from Segambut, Kuala Lumpur (near Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia) to 3 cities Selangor, Shah Alam and Dungun was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.