Selamat pagi blog duniaku!!!!!!!!
Pagi yang indah ini aku nak ceritakan mengenai Kolam Deepavali...
Untuk pertama kali aku joint Pertandingan membuat Kolam Deepavali ni...Tahun lepas ada jugak tapi x de la pulak aku nak joint...Dah alang-alang si Rose ajak masuk so aku joint sekali..Tak de la pulak aku nak menolak...Walaupun tau bukan senang nak prepare barang2 yang diperlukan...Aku nak kongsi info hari ni..Apa itu perayaan Deepavali..nama pun 1 Malaysia so x salah kita hormat setiap agama dan budaya di Malaysia ni kan...hehehe...
Hari Deepavali
Hari Deepavali (Bahasa Hindi: दिपावली, Bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Bahasa Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti
cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali
ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) Tamil Nadu dan Malaysia, [1] dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Read more: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali
Info selanjutnyer sila layari link di atas.
Menarik perhatian aku untuk tau lebih lanjut kerana setiap kali Deepavali mesti ada cahaya..Sampai Kolam Deepavali pun ada lilin.
Tu yang search dlm internet nak tau dengan lebih details hehehe..
Jom cite untuk sediakan bahan2 yang diperlukan..Agak leceh yerk..
Antara barang utama yang diperlukan beras dan jugak serbuk warna..nak jadikan beras tu berwarna memang kena guna serbuk pewarna yang telah dipilih then campur dengan air..pastu gaul la dengan beras mengikut kuantiti yang diperlukan...Dah cantik warna beras boleh la jemur untuk keringkan beras yang telah diwarnakan.Lebih kurang macam tu la...hehehe..Ini antara gambar aku and rose untuk siapkan bahan yang diperlukan...
Tengok gambar aku tengah gaulkan beras dengan warna tu..
Demam lak time tu leh jerk wat keje...
Yang pasti Rose and Wan yang banyak warnakan beras...
Aku tolong persiapkan mana yang x siap jerk..
Ada keje nak kena siapkan huhuhu...
Yang pasti tetap tolong pe yang patut untuk sediakan bahan...
Jumaat lepas,22 Nov 2013 kami siapkan bahan2 untuk buat Kolam..
Bahan-bahan memang si Wan and Dila yang cari...
Aku dengan Rose x dapat lah nak mencari..
Kesibukan diri sebagai isteri dan juga mama kan...
harap maklum hahaha...
Gambar kami buat keje mewarna beras...
aku kena 1 jari dah kecoh...
Si Rose nah ambik kau penuh tangan dengan warna jenuh nak hilangkan...Tak tau la minah tu basuh tangan guna ape kan...
Sental agaknyer tangan tu sampai hilang warna hahaha...
Sorry la Rose..Suka lak aku buli ko ni hehehe...
Pertandingan bermula pada hari Isnin,25 Nov 2013.
Start 2.30pm sampai 4.30pm..
Antara koleksi gambar kami sepanjang membuat Kolam Deepavali.
Meriahkan hehehe...
Sepanjang pertandingan memang aku x banyak cakap..
Aku buat je pe yang aku tau...
Lagipun selesema dan batuk...
So kesihatan tidak begitu bagus..
Ini antara gambar group lain yang tengah hasilkan Kolam masing2...
agak berbakat orang MITI ni hehehe...
Sepanjang buat Kolam ni kan nk dijadikan cite...
Yang banyak bebel si Rose..
Adui la tadah telinga aku dengar minah tu cakap pot pet pot pet..
nasib baik si Dila relax and cool je layan kak Rose nyer hahaha...
si Wan lak wat keje huru hara skit la..
Bese lah lelaki wat keje mana sekemas perempuan buatkan..
Ingat senang ke nak buat ni hehehe...
Ini antara hasil Kolam Deepavali bagi 6 kumpulan.
Setiap kumpulan maksimun 5 orang..
Secara individu tidak dibenarkan..
Cantikkan Kolam Deepavali yang telah dihasilkan...
My Group
Selesai kerja kami ambik la gambar group bersama Kolam Deepavali yang telah kami siapkan...Terbaik la kawan-kawan...
Lepas 4.30pm juri yang telah dipilih datang dan tilik hasil seni setiap group..
Terus nilai dan bagi markah.
Esoknyer 26 November 2013 hari istimewa aku,
Rose bagi tau group kami menang tempat ke 3 ok...
Kira kami punyer group hebat jugak la kan...
Dan jugak rezeki birthday aku...
Rezeki Alma lak dapat RM50 seorang terus masuk ASB Alma..
Kos beli bahan hanya RM7.80 setiap seorang...
Untung la kami kan yang menang ni...
apa pun bagi aku...,
Seni itu indah..Indah bagi yang tahu mencorakkannyer :)
Sampai di sini saja cite aku untuk pagi ni...
Sekian...