Tuesday, January 05, 2010

Persoalan Di Hatiku


Setiap perkenalan adanya pertemuan
Setiap pertemuan adanya perpisahan
Setiap perpisahan mengajar kita erti kerinduan
Kerinduan yang hadir mencipta satu perasaan
Perasaan yang bernama cinta…
Cinta yang tidak pernah kita harapkan
Kerana cinta menjadikan kita seorang perindu
Merindu pada insan yang kita sayangi…
Adakah dia jua begitu
Hanya DIA yang tahu…
Bila rasa cinta
Diri ingin disayangi
Diri ingin dirindui
Diri ingin dihargai
Diri ingin dimanja
Tapi bila cinta itu hilang
Rasa sayang itu lenyap…
Rasa rindu berlalu pergi..
Rasa hargai itu tiada nilainya….
Perlukah aku mengharapkan cinta
Insan yang belum pasti mampu menyayangi aku
Mampu menerima aku seadanya
Cinta itu indah
Indah yang belum pasti apakah penghujungnya…
Adakah pengakhirannya pada kebahagiaan atau sebaliknya…
Sesungguhnya ajal maut jodoh pertemuan hanya Allah S.W.T yang tentukan…
Kita sebagai manusia hanya merancang
Kerana sejak azali hidup ini telah tercoret olehNya..
Hanya usaha, doa dan tawakkal menjanjikan yang terbaik…
Tanpa kita sedari tanpa kita harapkan
Kebahagiaan akan hadir atas suatu pengorbanan…
Pengorbanan yang telah kita lakukan…
Tanpa mengharapkan balasan dariNya…
Keikhlasan dalam mencari erti cinta sebenar…
Mengajar kita erti kehidupan yang terindah….

Selasa, 5 January 2010

No comments:

Beautiful memory in my life...forever and ever....

Hari Pernikahanku Sabtu, 22 Oktober 2011 Slideshow: NaNa’s trip from Segambut, Kuala Lumpur (near Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia) to 3 cities Selangor, Shah Alam and Dungun was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.