Tuesday, January 05, 2010

Erti Sebuah Persahabatan


Persahabatan…
Satu ikatan kemesraan
Antara dua insan
Saling memahami dan memerlukan
Berlandaskan kejujuran dan keikhlasan
Mencipta hubungan keakraban
Yang belum pasti apakah pengakhiran
Yang bernama persahabatan….

Persahabatan
Insan yang buat kita tersenyum
Insan yang buat kita ketawa
Insan yang buat kita rasa dihargai
Insan yang buat kita rasa diperlukan
Insan yang buat kita rasa disayangi
Insan yang buat kita menangis…

Persahabatan…
Mengajar kita erti penilaian
Penilaian terhadap sebuah jalinan
Jalinan yang tercipta dari sebuah pertemuan
Pertemuan yang tidak pernah kita harapkan…
Harapkan pada insan yang kesudian
Kesudian dalam menerima diri ini seadanya…

Persahabatan…
Apabila tiada lagi keserasian
Apabila tiada lagi pengertian
Apabila tiada lagi kesepakatan
Apabila tiada lagi kesempurnaan….

Persahabatan…
Akan hanya tinggal kenangan….
Kenangan hanya diingatan…
Ingatan pada sebuah persahabatan…
Hilang ditelan arus masa dan zaman….
Kerana dia telah pergi selamanya…..

Selasa, 5 January 2010

No comments:

Beautiful memory in my life...forever and ever....

Hari Pernikahanku Sabtu, 22 Oktober 2011 Slideshow: NaNa’s trip from Segambut, Kuala Lumpur (near Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia) to 3 cities Selangor, Shah Alam and Dungun was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.