Thursday, January 07, 2010

Aku, Dia dan Kamu


Hidup ini akan sepi tanpa aku…
Namun hidup ini jua akan suram…
Tanpa dia dan kamu disisiku…
Antara aku, dia dan kamu…
Punya satu jalinan ukhwah…
Yang dinamakan persahabatan…

Suka duka kita lalui bersama…
Dalam menjalani kehidupan seharian…
Kita sering diuji oleh dugaan dan rintangan…
Takdir yang telah mempertemukan kita…
Di satu persinggahan…
Tempat di mana kita membina kerjaya…
Tempat di mana kita mencari sumber rezeki…

Aku seorang yang jiwang …
Aku juga seorang yang peramah…
Sedangkan dia seorang yang slumber…
Dia seorang yang pemalu…
Dan kamu seorang yang manja…
Jua seorang yang romantik…
Yang pasti antara aku, dia dan kamu…
Punya satu persamaan….
Tidak dapat dipisahkan….

Aku, dia dan kamu…
happy go lucky….
Saat aku dilanda derita…
Dia dan kamu tempat ku mengadu…
Saat dia dikecewakan….
Aku dan kamu tempat berkongsi cerita…
Saat kamu bersedih hati….
Aku dan dia menghiburkan hatimu…
Terima kasih buatmu sahabatku….

Hadirmu membawa keceriaan…
Aku hargai hubungan dia dan kamu…
Walaupun jauh kita masih mengingati...
Kenangan yang tercipta antara kita…
Akan sentiasa menemani perjalanan hidupku….

Coretan ikhlas buatmu, dia dan kamu….
Jujur dan ikhlas kunci persahabatan kita…
Aku, Dia dan kamu Selamanya…

Khamis, 7 Januari 2010

No comments:

Beautiful memory in my life...forever and ever....

Hari Pernikahanku Sabtu, 22 Oktober 2011 Slideshow: NaNa’s trip from Segambut, Kuala Lumpur (near Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia) to 3 cities Selangor, Shah Alam and Dungun was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.