Hadirmu sebagai teman…
Berkongsi suka dan duka…
Berbicara tentang hati dan perasaan…
Sikapmu yang memahami…
Wujudnya keserasian antara kita…
Apa yang aku lalui kau rasai…
Apa yang kau lalui aku fahami…
Ke mana aku pergi kau temani…
Ke mana kau pergi aku disisi…
Saat aku berduka kau meratapi…
Saat kau keliru aku leraikan…
Bila aku tiada kau rindui…
Bila kau tiada aku mencari…
Sampai masa kita akan terpisah…
Oleh jarak dan waktu…
Kerana tidak selamanya kita bersama…
Kerana kita punya kehidupan sendiri…
Hari – hari yang kita lewati…
Akan sentiasa terpahat diingatan ini…
Kenangan kita bersama…
Akan tersimpan di memoriku…
Persahabatan yang terbina antara kita…
Kepercayaan yang berlandaskan kejujuran…
Keikhlasan yang lahir dari hati…
Keyakinan aku terhadapmu…
Kesabaranmu dalam mengenali aku…
Kesetiaanmu pada persahabatan kita…
Pasti segalanya menjadi kenangan terindah….
Janganlah dikau bersedih hati…
Setelah aku pergi…
Tidak terlintas di hati ini…
Untuk aku melangkah pergi…
Hidup ini akan sepi tanpa kehadiranmu…
Kerana hadirmu mencipta keceriaan buatku…
Terima kasih sahabatku….
Aku pasti merinduimu…
Coretan khas buatmu…sahabatku….
Kini dan selamanya….