Sedihnya bila hidup ini kehilangan orang tua yang disayangi....hari ni benar hati aku sedih dan rasa sayu bila melihat sahabat aku meratapi pemergian ibu tercinta...kini dia hilang tempat bergantung hanya ada abang tempat dia mengadu...melihat jenazah selamat dikebumikan penuh rasa keinsafan dalam diri aku...hidup ini hanya sementara satu masa kita akan kembali kepadaNya..Allah S.W.T....buat hajar moga dirimu tabah dalam mengharungi hidup ini...moga Tuhan permudahkan segala urusan walaupun kini hidup hanya ada abang....sampai jugak aku ke rumah hajar walaupun tidak sempat untuk bertandang kerana masa yang tidak mengizinkan...bergerak dari ofis jam 10.30 pagi sampai di tanah perkuburan dalam jam 12.30pm...sedihnya bila aku ingat saat itu...bagaimana nak lalui kehidupan tanpa orang tua kita???dengan usia masih muda...belum berkahwin...pasti bila tiba saat diri disunting tanpa ibu dan ayah hati mana yang tidak sedih...bersyukur kerana hajar masih ada abang....jika sebatang kara lagi sedih..masih ada saudara mara insyaallah tidak akan rasa sunyi...tapi tetap akan rasa kehilangan....
No comments:
Post a Comment