Monday, June 03, 2013

Kisah Alma dari hari ke-20 hingga hari ke-30

Morning diari Alma...
Genap sebulan sudah anak mama...
Mama nak ceritakan perkembangan Alma...
Dari hari ke-20 sehingga hari ke-30...


Hari yang ke 21,Alma,papa and mama masih berada di rumah..
Keesokkan harinya 22 Jun 2013,kita gerak balik ke Felda Kemasul.
Hari yang ke-23 kita masih di kampung untuk tunggu Majlis Cukur Jambul Alma.
Kampung atok dan nenek Alma di Triang,Pahang.
Balik kampung sebab atok dan nenek Alma nak buat cukur jambul untuk Alma..,
Pada hari Ahad,26 Mei 2013. 
Sama majlis dengan kenduri kahwin mak su Alma...
Adik bongsu papa Alma.. 

Majlis cukur jambul ni atok dan nenek memang dah niat Menyembelih kambing..
Bacaan Barzanji adalah satu bacaan salasilah dan pujian terhadap Nabi Muhamad.
Alma didukung dan diarak berkeliling tetamu perempuan yang sedang membaca Barzanji di ruang rumah.Tetamu yang datang merestui dan mengusap kepala Alma.
Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan baik...

Selesai majlis Alma dan kenduri mak su,
Petang selepas asar kita dah gerak balik ke Kuala Lumpur.
Baik anak mama sepanjang perjalanan pergi dan balik...
Tido je dalam kete...
Tak banyak kerenah senang nak jaga...
cuma anak mama ni kuat minum susu...
Hari-hari mama pam susu untuk anak mama...
 sebab tu tak de masalah nak bawak Alma balik kampung..
dah ada siap-siap stok susu untuk anak mama ni...

Selepas selesai majlis Alma,
papa dah masuk keje..
Tinggal Alma dengan mama jerk kat rumah...
for the 1st time mama kena mandikan Alma sendiri...
Tanpa bantuan sesiapa...
makan minum mama kena uruskan sendiri...
Lagipun mama berpantang kat rumah kita..
hanya ada papa,mama dan Alma..
Hingga la anak mama genap sebulan...
Semangat anak mama...

No comments:

Beautiful memory in my life...forever and ever....

Hari Pernikahanku Sabtu, 22 Oktober 2011 Slideshow: NaNa’s trip from Segambut, Kuala Lumpur (near Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia) to 3 cities Selangor, Shah Alam and Dungun was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.